Wide Eye Onion Kun ::SaYa DiN::

Social Icons

Pages

Featured Posts

Thursday, May 30, 2013

Mari mengenal Malaikat kita


ASSALAMUALAIKUM....

Hari ini saya membuat membuat slide show bersama-sama rakan kumpulan berkaitan pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 yang Bertajuk Malaikat.

Saya ingin berkongsi sebuah video yang terdapat diadalam slide show kami.

Thursday, December 13, 2012

1.2.34

Sebelum ini ramai yang memperkatakan tentang tarikh 12.12.12 tp ada satu lagi tarikh yang sangat unik yang mungkin ramai tak ambil peduli. tarikh yang dimaksudkan ialah esok iaitu 1.2.34 Apa maksud 1.2.34? 1.2.34 ialah 1 Safar 1434H. So esok dah masuk bulan Safar. Apa kelebihan Bulan Safar ini? BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah. Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu. Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar. Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah. Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya: "Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.'' Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. [Sumber: Pelita Brunei & JIM Ampang]

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

ADA APA DENGAN TARIKH 12.12.12. bila bukak facebook ramai update status pasal tarikh 12.12.12. ade yang mengatakan 12.12.12 hari berlakunya kiamat... tp bi TIBA tarikh 12.12.12 nyata kenyataan itu tidak dapat diterima.. Hari kiamat adlah rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu bila berlaku Kiamat. Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63) “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34) Sedangkan kata Dr. Danial, agama Islam telah lengkap dalam memperkatakan hari kiamat. Hikmah tarikh kiamat dirahsiakan supaya manusia sentiasa bersedia secara jujur, ikhlas kerana percaya hidup di dunia hanya sementara kerana yang kekal adalah di akhirat. Justeru kehadiran tarikh ini ini hendaklah ‘disambut’ dengan penuh keinsafan terutamanya semakin dekatnya kita kepada tanah perkuburan, persemadian abadi yang memutuskan segala amalan kita di dunia kecuali bekalan yang kita bawa akhirat kelak. Ada yang menganggap tarikh 12.12.12 adalah tarikh yang unik. Justeru ramai yang ingin mengabadikan majlis perkahwinan pada tarikh ini.. boleh percaya kepada nombor tapi JANGAN SAMPAI SYIRIK. Ustaz Ridhuan Tee menjelaskan, tidak salah jika satu-satu tarikh dipilih kerana menganggap ianya adalah tarikh istimewa atau tarikh itu menyebelahi pihak tersebut, tetapi jika tarikh itu dipilih kerana ia akan merubah kehidupannya, itu dianggap syirik kerana menafikan kebesaran Tuhan. Tambah ustaz Ridhuan lagi, dalam Islam, adalah lebih baik untuk meminta sendiri petunjuk daripada Allah SWT dengan melakukan solat Istiqarah dan berdoa agar diberikan pedoman dan petunjuk yang terbaik. Dengan itu, kita tidak perlu lagi bergantung kepada nombor bertuah dan sebagainya. (sumber: Berita Harian online)

Tuesday, December 11, 2012

::SeLaMaT DatanG:: ini Blog PerTama SaYa Create... Harap2 Blog ni Dapat memberi manfaat.. Blog "::SaYa Din::" dibuat untk kerja kursus Teknologi Maklumat & Komunikasi..
 

Sample text

Sample Text

Sample Text