Wide Eye Onion Kun ::SaYa DiN::: 12.12.12

Social Icons

Pages

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

ADA APA DENGAN TARIKH 12.12.12. bila bukak facebook ramai update status pasal tarikh 12.12.12. ade yang mengatakan 12.12.12 hari berlakunya kiamat... tp bi TIBA tarikh 12.12.12 nyata kenyataan itu tidak dapat diterima.. Hari kiamat adlah rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu bila berlaku Kiamat. Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63) “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34) Sedangkan kata Dr. Danial, agama Islam telah lengkap dalam memperkatakan hari kiamat. Hikmah tarikh kiamat dirahsiakan supaya manusia sentiasa bersedia secara jujur, ikhlas kerana percaya hidup di dunia hanya sementara kerana yang kekal adalah di akhirat. Justeru kehadiran tarikh ini ini hendaklah ‘disambut’ dengan penuh keinsafan terutamanya semakin dekatnya kita kepada tanah perkuburan, persemadian abadi yang memutuskan segala amalan kita di dunia kecuali bekalan yang kita bawa akhirat kelak. Ada yang menganggap tarikh 12.12.12 adalah tarikh yang unik. Justeru ramai yang ingin mengabadikan majlis perkahwinan pada tarikh ini.. boleh percaya kepada nombor tapi JANGAN SAMPAI SYIRIK. Ustaz Ridhuan Tee menjelaskan, tidak salah jika satu-satu tarikh dipilih kerana menganggap ianya adalah tarikh istimewa atau tarikh itu menyebelahi pihak tersebut, tetapi jika tarikh itu dipilih kerana ia akan merubah kehidupannya, itu dianggap syirik kerana menafikan kebesaran Tuhan. Tambah ustaz Ridhuan lagi, dalam Islam, adalah lebih baik untuk meminta sendiri petunjuk daripada Allah SWT dengan melakukan solat Istiqarah dan berdoa agar diberikan pedoman dan petunjuk yang terbaik. Dengan itu, kita tidak perlu lagi bergantung kepada nombor bertuah dan sebagainya. (sumber: Berita Harian online)

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text